Antara pengisian program sempena sambutan Hari Penjara Kali Ke 226 adalah Ceramah Agama: Kepimpinan & Kerja Adalah Ibadah, Ceramah Motivasi & Integriti, Pameran Kepenjaraan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pemeriksaan Kesihatan, Lawatan ke atas kakitangan yang uzur dan pesara-pesara serta pelupusan artikel larangan. Hadirin turut disajikan dengan persembahan Tari Waja, Jurus 15 Seni Tangkas Penjara (SENTAP), demonstrasi Control & Restraint dan Simulasi Kawalan Rusuhan.
